Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Misi NS keluar dari zon corot: Shahurain

Written By Unknown on Kamis, 31 Januari 2013 | 15.23

Seremban: Misi keluar daripada kelompok terbawah carta liga menjadi sasaran utama skuad Negeri Sembilan sebaik saingan Liga Super kembali bersambung dengan bertemu Tentera di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, 16 Februari depan.

Sekalipun amat menyedari betapa tugas selepas ini lebih mencabar, skuad Hobin Jang Hobin bertekad untuk berusaha keras memperkemaskan lagi jentera pasukan bagi memastikan persembahan lebih baik dapat dipamerkan untuk merealisasikan kemenangan.

Pemain sayap kiri pasukan, Shahurain Abu Samah, berkata dia yakin peluang pasukan itu memperbaiki kedudukan dalam carta liga masih belum tertutup walaupun mengakui saingan liga semakin berliku dengan setiap pasukan masing-masing memperkemaskan jentera pasukan.

"Saya yakin peluang kami untuk mencabar pasukan lain belum tertutup kerana prestasi pasukan masih di tahap yang terbaik kerana kami hanya mengalami kekalahan tipis dalam tiga perlawanan sebelum ini. Jika kami dapat mengemaskan semula jentera pasukan, saya yakin kemenangan akan dapat dicapai," katanya, semalam.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘Pelik, Raja tak senarai Piya’

Kota Bharu: Bekas pemain kebangsaan, Dali Omar menganggap tindakan Datuk K Rajagobal meminta Datuk M Karathu dan B Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dalam skuad kebangsaan sebagai tidak profesional.

Menyifatkan tindakan itu sebagai pelik dan tidak masuk akal, Dali yang kini berusia 66 tahun berkata, Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya sepatutnya sudah lama menyarung jersi kebangsaan.

"Seharusnya beliau sendiri mengkaji kebolehan Piya dan perlu menjawab persoalan kenapa pemain itu tidak disenaraikan.

"Ketika saya menjadi penasihat teknikal pasukan Kelantan dulu pun saya sudah melihat bakat besar Piya dan dia boleh pergi jauh, namun dia tidak mendapat peluang menyumbangkan bakti kepada negara, itu merugikannya," katanya.

BH Sukan semalam melaporkan Karathu dan Sathianathan mempersoalkan tindakan Rajagobal yang mengaitkan nama mereka ketika diajukan soalan punca kegagalan jurulatih Harimau Malaya itu menyenaraikan Piya dalam skuad kebangsaan.

Mengulas lanjut, Dali berkata, kehebatan Piya sebagai tonggak penting membantu Kelantan mencipta kejuaraan tiga piala musim lalu bersama The Red Warriors (TRW) sememangnya tidak boleh disangkal.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata tindakan Rajagobal yang meminta Karathu dan Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca Piya tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan disebabkan beliau kini tertekan dengan desakan ramai.
"Bagi saya, Rajagobal masih dibayangi kejayaan lampau dan beliau masih mengharapkan kepada pemain yang menaikkan nama beliau sehingga bergelar Datuk. Tapi kita harus ingat bola sepak kini sudah berubah dan kita perlu tengok kepada keadaan semasa," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Harimau mengganas lagi

Skuad B-23 negara, Harimau Muda A terus mengaum di bumi Kanggaru apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam siri empat aksi persahabatan di Australia selepas menewaskan pasukan divisyen dua negara itu, Brisbane Lions 2-1 di Pusat Sukan dan Olahraga Queensland (QSAC), Brisbane, semalam.

Penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan mudah menolak masuk gol pertama Harimau Muda A seawal minit ketiga sebelum lawan menyamakan kedudukan, 11 minit kemudian.

Gol kemenangan dijaringkan Rozaimi Abd Rahman menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-39.

"Ternyata Brisbane Lions lebih kuat daripada Palm Beach Sharks tetapi perlu diingat yang saya juga membuat lima hingga enam pertukaran pemain berbanding kesebelasan yang menang 5-1 ke atas lawan pertama kita (Sabtu lalu).

"Walaupun mungkin ada yang kata lawan hanyalah pasukan divisyen dua Australia, bagi saya mereka tetap memberi kesukaran dengan fizikal yang tinggi, cuma dari segi teknikal dan disiplin, pemain kita lebih baik," kata pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika dihubungi di Brisbane, malam tadi.

Dia turut gembira melihat semua pemain menunjukkan persaingan sengit sesama sendiri merebut tempat dalam kesebelasan utama menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan.

"Kesungguhan inilah saya mahu lihat di kalangan pemain. Perebutan tempat dalam kesebelasan masih terbuka," kata Kim Swee menjelang baki dua lagi perlawanan bertemu satu lagi kelab divisyen dua, Brisbane Olympic, Sabtu ini dan kelab liga utama Australia, Brisbane Roar, Selasa depan.


15.23 | 0 komentar | Read More

‘Pengadil punca gaduh’

Kuala Lumpur: Pergaduhan membabitkan pemain Selangor dan Tentera ketika aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu, berpunca daripada kesilapan pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaccob melayangkan kad merah kepada pemain tengah Red Giants, Shukur Jusoh.

Ia bukan disebabkan provokasi penyerang Selangor, Afiq Azmi atau tindakan pemain Tentera, Shukor Adan menolak kepala Shukur selepas pemain itu enggan keluar padang.

Amirul, 27, yang bergelar pengadil antarabangsa sejak tahun lalu menjadikan situasi pada perlawanan itu panas tiba-tiba apabila bertindak melayangkan kad merah kepada Shukur pada minit ke-117, tetapi seminit kemudian selepas menyedari kesilapannya, membenarkan pemain Selangor itu masuk semula ke padang.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Kol Abdul Rani Abdul Rahim, berkata jika pengadil tidak melakukan kesilapan melayangkan kad merah, sudah tentu tidak berlaku pergaduhan.

"Ini berpunca daripada kesilapan pengadil...jika tidak, sudah tentu tiada masalah pergaduhan berlaku dan perlawanan akan berakhir dengan suasana biasa tanpa kira siapa menang atau kalah.

"Lagipun Selangor dan Tentera tak pernah bermusuh dan hubungan kami sebelum ini sememangnya baik," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik hasrat Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin menyelesaikan masalah itu di luar Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
"Saya sudah mengadakan perbincangan awal dengan Hamidin dan kami bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini secara baik," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

Piya tiada di hati Rajagobal

Written By Unknown on Selasa, 29 Januari 2013 | 15.23

Kelana Jaya: Nama kapten Kelantan, Badhri Radzi atau Piya terus tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan apabila jurulatih Datuk K Rajagobal mengumumkan senarai akhir 24 pemain, semalam meskipun ketika ramai tonggak utama digugurkan akibat krisis kecederaan.

Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Dubai, UAE, pagi ini untuk aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini dan seterusnya aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari depan.

Rajagobal tidak dapat membawa 11 pemain iaitu Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, S Kunanlan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, K Gurusamy, Bunyamin Umar, Zubir Azmi, Fitri Omar dan Shahrizal Saad kerana semuanya cedera.

Namun, situasi berkenaan masih belum 'membuka hati' pengendali berusia 57 tahun itu untuk sekurang-kurangnya memanggil Badhri untuk kem latihan skuad kebangsaan.

Tanya Piya sendiri

"Saya fikir tumpuan saya lebih kepada persiapan menghadapi Qatar. Kamu boleh tanya sendiri kepada dia (Badhri). Bukan dia tak main baik, tetapi pemain apa yang kita perlukan pada masa sekarang untuk berdepan Qatar.

"Itu adalah pendapat peminat. Kalau boleh, tanyalah kepada dua bekas jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu dan B Sathianathan. Mereka berdua boleh beri lebih penjelasan mengenai pemain Kelantan.
"Tiap-tiap jurulatih ada cara atau pemilihannya," kata Rajagobal ketika ditemui pada latihan terakhir di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

Dalam pada itu, aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini berkemungkinan tidak berstatus A kerana Rajagobal bercadang berbincang dengan jurulatih Iraq untuk membenarkan lebih enam pertukaran pemain dibuat sepanjang perlawanan terbabit.

Senarai 24 pemain Harimau Malaya:

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias, Norazlan Razali.
Pertahanan: Aidil Zafuan Abd Radzak, Fadhli Shas, Amirizdwan Taj Tajudin, Faizal Muhammad, Nik Shahrul Azim Ab Halim, Mahalli Jasuli, K Reuben, Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim.
Tengah: Shakir Shaari, Shukur Jusoh, Helmi Remeli, Affize Faisal Mamat, Yong Kuong Yong, Azammuddin Akil, Nor Farhan Muhammad, Ashari Samsudin.
Penyerang: Khyril Muhymeen Zambri, Amri Yahyah, Abdul Hadi Yahaya, Fauzi Roslan


15.23 | 0 komentar | Read More

Afrika Selatan, Cape Verde ke suku akhir

Dua gol awal Maghribi gagal lonjak kedudukan

DURBAN (Afrika Selatan): Pasukan tuan rumah, Afrika Selatan kembali bangkit untuk mengikat Maghribi 2-2 untuk mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika dengan menamatkan perlawanan di kedudukan teratas Kumpulan A.

Keputusan itu bermakna Cape Verde juga menempah tempat ke suku akhir dalam kejohanan utama pertama apabila menewaskan Angola 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung serentak di Port Elizabeth. Maghribi pula berada di tempat ketiga kumpulan.


Sangweni wira Bafana Bafana

Issam El Adoua dan pengganti, Abdelilah Hafidi membantu Maghribi memperoleh dua gol awal namun Afrika Selatan bangkit melalui gol May Mahlangu dan Siyabonga Sangweni bagi membolehkan mereka menjuarai kumpulan dengan perbezaan mata.

Pemain pertahanan, Sangweni, yang menjaringkan gol ketika menang 2-0 ke atas Angola, sekali lagi menyumbang gol penting pada minit ke-87 bagi memastikan skuad Bafana Bafana terus kekal dalam saingan.

"Jika anda tahu masa hanya tinggal beberapa minit saja lagi, saya rasakan anda akan arahkan semuanya supaya menyerang. Dia (Sangweni) jelas menunjukkan peningkatan, mengambil peluang dan ia berbaloi," kata kapten Afrika Selatan, Bongani Khumalo.

Percaya rakan sepasukan

"Ia semakin sukar mulai sekarang. Kami kini menghampiri kemuncak saingan, perlu percayakan sesama sendiri dan bekerja lebih keras," katanya.

Maghribi menyerang pada awal perlawanan dengan Youssef El Arabi menguji kemampuan penjaga gawang Afrika Selatan, Intumeleng Khune pada minit keempat.
Mereka kemudian mendahului perlawanan pada enam minit kemudian apabila El Adoua menyumbat gol. - AP


15.23 | 0 komentar | Read More

Eddy ‘terlepas’ aksi Seluruh England

Legenda badminton negara meninggal dunia

Pulau Pinang: Ketika negara masih bersedih dengan pemergian Datuk Punch Gunalan, negara kehilangan seorang lagi legenda badminton apabila Datuk Eddy Choong, 83, meninggal dunia selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Loy Guan Lye, di sini akibat komplikasi jantung dan pendarahan dalam perut, petang semalam.

Anak sulung mendiang, Datuk Finn Choong Khuat Seng, 53, berkata bapanya yang juga bekas juara perseorangan All England sebanyak empat kali dikejar ke hospital berkenaan selepas mengalami muntah-muntah, Sabtu lalu.

"Selepas dirawat, bapa saya sepatutnya dibenarkan keluar pagi tadi (semalam), tetapi meninggal dunia ketika kami empat beradik berada di sisinya pada jam 2.30 petang.

"Kematiannya agak mengejutkan kerana beliau dalam keadaan sihat dan bersemangat mahu menonton Kejohanan Badminton All England Mac depan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bell, Pulau Tikus semalam.

Sumber inspirasi

Mendiang meninggalkan seorang balu, Datin Maggie Thean Sun Lim, 79, dan juga empat anak lelaki.

Eddy yang juga bekas pelajar Penang Free School pernah bergandingan dalam acara beregu lelaki dengan mendiang abangnya, Datuk David Choong yang meninggal dunia pada September 2011 kerana diserang strok sebelum koma sembilan tahun.
"Upacara pengkebumian mendiang akan dilakukan pada Jumaat ini di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung," kata Khuat Seng.

Sementara itu, Sun Lim berkata, suaminya seorang pencinta sukan badminton dan semangatnya tidak pernah terpadam, biarpun sudah bersara.

"Kami sekeluarga pasti akan merindui mendiang yang menjadi sumber inspirasi kami sekeluarga selain rakyat Malaysia yang meminati sukan badminton," katanya.

Ogos lalu, negara turut kehilangan legenda badminton apabila Punch Gunalan meninggal dunia akibat kanser pundi hempedu.


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger