Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

UPM juara edisi sulung SUKIPT

Written By Unknown on Selasa, 13 November 2012 | 15.23

Medan cukup kompetitif bagi atlit IPT

Kuala Lumpur: Selepas 15 hari gelanggang dibuka, Sukan Institusi pengajian Tinggi (SUKIPT) melabuhkan tirainya penuh gemilang di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam, semalam.

Berakhirnya edisi sulung SUKIPT ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat sejarah selaku juara keseluruhan yang pertama.

Upacara penutup yang disempurnakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berlangsung cukup meriah membabitkan lebih 5,000 atlit dan pegawai pasukan dari 101 buah Institut Pengajian Tinggi (IPT).

"SUKIPT ini boleh dianggap berjaya. Purata pungutan pingat keseluruhan menunjukkan persaingan sengit setiap acara dan membuktikan kejohanan ini menjadi medan cukup kompetitif bagi atlit yang sedang menuntut di IPT.

SUKIPT medium jalin hubungan

"Kejohanan ini satu program di bawah Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) dan Pusat Sukan Tumpuan (PST). Tidak hanya dilihat dalam aspek kecemerlangan sukan tetapi juga menjadi satu medium jaringan ilmu yang luas untuk setiap IPT menjalin hubungan antara IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti," kata Saifuddin pada ucapan perasmian penutup semalam.
Berbekalkan sasaran realistik 40 pingat emas, UPM menamatkan aksi SUKIPT di tempat pertama dengan 52 emas, 25 perak dan 22 gangsa mengatasi UiTM di tempat kedua keseluruhan.

Sementara itu, Ketua kontijen UPM, Hamzah Ismail menghamburkan pujian atas kejayaan UPM mendominasi SUKIPT edisi sulung. "Warga UPM gembira. Walaupun ketinggalan 15 pingat emas kepada UiTM pada awalnya tetapi berdasarkan pengalaman, kami mampu merapatkan jurang itu terutama menerusi acara olahraga dan karate-do.


15.23 | 0 komentar | Read More

60 jaguh golf berentap di A' Farmosa

Melaka Tengah: Seramai 60 pemain golf termasuk dari Eropah bakal berentap pada Piala Antarabangsa Warisan Dunia Melaka Eropah 2013 yang berlangsung serentak di tiga lapangan di Melaka bermula 14 hingga 17 Februari ini.

Pertandingan di A' Farmosa Resort, Ayer Keroh Country Club dan Tiara Melaka Golf and Country Club itu menyaksikan penyertaan 30 pemain Eropah dari Perancis, Itali, Ireland, Jerman, England dan Amerika Syarikat serta 30 pemain tempatan.

"Kerajaan negeri berharap pertandingan ini dapat memperkenalkan padang golf terutama Melaka serta kemudahan yang ada sebagai satu tarikan pelancongan," kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, selepas perasmian Galeri Golf Melaka yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Jalan Banda Kaba di sini, semalam.

Pemenang Golf Terbuka Melaka 750 Tahun yang berlangsung semalam secara automatik terpilih untuk beraksi di Piala Antarabangsa Warisan Dunia Melaka Eropah 2013.


15.23 | 0 komentar | Read More

KFC/MYA juara KFC Monsoon Regatta 2012

Kuala Terengganu: Pasukan Persatuan Pelayaran Malaysia (KFC/MYA) diwakili pelayar negara, muncul juara keseluruhan KFC Monsoon Regatta 2012 di Pulau Warisan, berakhir semalam.

Pasukan KFC/MYA menguasai Kelas Laser Standard melalui kemenangan Khairul Nizam Mohd Affendy meninggalkan pelayar PPLNP, Nik Ashraf Qaedi dan Azri Suhami (TESA) di tempat ketiga.

Kejayaan Khairul Nizam diteruskan Mohamad Daniel Fauzi yang mengungguli Kelas Windsurfing menewaskan Zainal Misran@Fred yang mewakili pasukan PSC Pulau Pinang dan Muhammad Husaini Mohd Rodzi (PPLNP), ketiga.

Rakan sepasukan Daniel, Muhammad Faizal Norizan memastikan KFC/MYA layak dinobatkan juara keseluruhan dengan mengungguli kategori Dinghy.

Kategori Laser Radial dikuasai pelayar pasukan Persatuan Pelayaran Negeri Perak (PPLNP), Muhamad Farhan Hamid manakala kedua, Nur Amirah Hamid (KFC/MYA) dan Tg Mohd Amirul Asraf Tg Othman (TESA).

Asri Azman dari pasukan TESA pula menjuarai kelas Laser 4.7 meninggalkan dua pesaing dari Johor iaitu Mohd Fazarikman Mohd Faudzi (kedua) dan Nurulizzatul Akmar Mohd Ruzaimi (ketiga).

Pasukan KSA (Kedah) dinobatkan juara kategori pasukan negeri dan membawa pulang hadiah piala, wang tunai RM3,000 manakala PPLNP kedua dan TESA di tempat ketiga.


15.23 | 0 komentar | Read More

Kelate.Net desak KAFA lepas Mat Yo

Kota Bharu: Selepas Kelab Penyokong Red Warriors mahu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melepaskan Norshahrul Idlan Talaha, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) turut membuat desakan sama, semalam.

Timbalan Presiden Kelate.Net, Mahizi Mahmood, berkata pihaknya rela melepaskan Mat Yo kerana kejayaan The Red Warriors menjulang kejuaraan hatrik Liga Malaysia (Liga M) musim ini bukan bergantung kepada seorang individu, sebaliknya hasil kerjasama berpasukan.

"Kelantan mempunyai ramai bakat baru hingga ada yang menabur bakti dengan skuad Harimau Muda. Jadi, bila lagi Kelantan hendak cuba pemain baru dan bila tiada Mat Yo nanti sudah tentu muncul ramai bintang yang berupaya mengambil alih tugasnya," katanya.

Mahizi bagaimanapun menasihatkan Mat Yo supaya berbincang secara baik dengan KAFA bagi menyelesaikan kemelut perpindahannya ke Johor.

"Kalau Mat Yo datang dulu ikut pintu depan, biarlah pemergiannya kali ini, juga ikut pintu depan.

"Sebenarnya, ramai yang masih sayang Mat Yo dan jasanya besar tetapi kita harap perginya nanti dengan sanjungan dan bukan cemuhan," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

48 'mat rempit' sertai Kapcai Endurance

Written By Unknown on Sabtu, 10 November 2012 | 15.23

12 pasukan bersiap rebut gelaran juara sirkit ketiga

Muar: Seramai 48 pelumba muda mengesahkan akan mengambil bahagian di Kejohanan Kebangsaan KBS – MAM Kapcai Endurance yang bakal berlangsung di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (MTPDRM), Bakri, Muar, Johor bermula hari ini.

Jumlah itu dijangka bertambah apabila pendaftaran pasukan masih dibuka sehingga jam 2 petang ini, sebelum bermulanya sesi latihan bebas bagi sirkit ketiga perlumbaan.

Mereka bersemangat untuk ke final di Litar Sepang, tahun depan," Eizwar Supiar, Pengurus projek kejohanan


Ketika ini, sebanyak 12 pasukan sedang bersiap sedia untuk merebut gelaran juara sirkit ketiga bagi kategori bawah 100cc (Kelas 1), bawah 120cc (Kelas 2) dan bawah 150cc (Kelas 3) dengan setiap pasukan diwakili dua hingga empat pelumba.

Pengurus projek kejohanan, Eizwar Supiar, berkata perlumbaan sebenar esok dijangka lebih menarik kerana ada beberapa pasukan yang gagal di sirkit pertama di Pekan, Pahang dan sirkit kedua di Miri, Sarawak turut mengambil bahagian.

"Mereka bersemangat untuk merebut tiket ke final di Litar Antarabangsa Sepang, tahun depan. Ini satu perkembangan menarik kerana mereka berusaha kuat memperbaiki kelemahan dan meningkatkan keupayaan jentera," katanya.


15.23 | 0 komentar | Read More

18 pemain sedia pertahan Piala Sultan Johor

Kuala Lumpur: Malaysia membariskan skuad berpengalaman, termasuk 14 pemain yang menjulang kejuaraan Piala Remaja Asia, Mei lalu bagi mempertahankan Piala Sultan Johor (SOJC) yang membuka tirai kejohanan, esok.

Senarai itu termasuk sembilan pemain skuad senior yang tidak terpilih ke Kejohanan Cabaran Kejuaraan di Argentina iaitu Amir Farid Ahmad Fuzi, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, Mohd Syamim Mohd Yusof, Mohd Azri Hassan, Mohd Firhan Ashaari, Mohd Ramadan Rosli, Mohd Noor Faeez Ibrahim, Norhizzat Sumantri dan Shazril Irwan Nazli bagi mengisi kuota 18 pemain.

Tiga pemain yang menjuarai SOJC tahun lalu tetapi tercicir pada Piala Remaja Asia iaitu Mohd Zulhairi Hashim, Mohd Rashid Baharom dan Muhd Hafiz Zainol juga disenaraikan mengisi kekosongan pemain utama yang bersama skuad senior iaitu adik beradik, Faisal dan Fitri Saari serta Faiz Helmi.

"Selepas meneliti pemain ini beberapa hari lalu, inilah barisan terbaik dan boleh bermain ketika ini," kata jurulatih, K. Dhamaraj. "Saya pasti mereka akan memberikan persembahan terbaik dan moral pasukan amat tinggi ketika ini."

Info: Senarai pemain
Penjaga Gol: Shahrul Azaddin Auskarzie dan Muhammad Hafizuddin Othman)
Pertahanan: Mohd Izad Hakimi Jamaluddin; Mohd Nor Faez Ibrahim; Kavin Kartik Govindasamy; Shahrul Imran Nazli; Mohd Zulhairi Hashim
Tengah: Muhammad Azri Hassan; Muhammad Ramadhan Rosli; Nor Hizzat Sumantri; Shazril Irwan Nazli; Mohd Aslam Hanafiah
Penyerang: Amir Farid Ahmad Fuzi; Mohd Firhan Ashaari; Mohd Hafiz Zainol; Mohammad Rashid Baharom; Dedi Aryadi; Mohd Syamim Yusof


15.23 | 0 komentar | Read More

Hanya empat sahut pelawaan

Kuantan: Hanya empat pemain luar mengesahkan berminat beraksi bersama skuad Pahang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Mereka adalah Mohd Amirul Hadi Zainal, Azidan Sarudin dan Mohd Razman Roslan, masing-masing dari Selangor manakala Mohd Nasril Nourdin dari Perak.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, berkata kehadiran empat pemain itu diyakini mampu memberi impak besar terhadap skuad itu selepas layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Katanya, dengan gabungan pemain sedia ada diharap memberi petanda positif dalam skuad kendaliannya itu bagi memburu kejayaan musim depan.

"Bagaimanapun, sama ada tambahan pemain luar akan bersama skuad Tok Gajah juga bergantung kepada keadaan.

"Setakat ini, hanya empat pemain iaitu tiga dari Selangor dan seorang dari Perak bersama memperkuatkan Pahang musim depan," katanya semalam.

Pahang tidak melanjutkan kontrak tujuh pemain termasuk penjaga gol utama, Wan Muhd Azraei Wan Teh yang berhijrah ke Terengganu serta dua pemain import, Boris Kochkin dan Maycon Carvalho Inez.
Namun, kesetiaan Mohd Azamuddin Md Akil dan R Gopinathan yang juga pemain kebangsaan serta pemain paling senior, Jalaluddin Jaafar diyakini membantu memperkuatkan jentera skuad itu.

Bagi memastikan skuad Pahang benar-benar mantap musim ini, Dollah mengesahkan kuota dua pemain import akan diisi yang lebih terarah di barisan serangan.


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger