Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Djokovic tersingkir awal di Masters Paris

Written By Unknown on Jumat, 02 November 2012 | 15.23

Paris: Novak Djokovic tersingkir daripada kejohanan Masters Paris pada perlawanan pertamanya, tewas 0-6, 7-6 (7/5), 6-4 kepada pemain Amerika Syarikat (AS) Sam Querrey, kelmarin manakala pilihan ketiga, Andy Murray tidak bermasalah menundukkan pemain Perancis, Paul-Henri Mathieu 7-5, 6-3 untuk mara ke pusingan ketiga.

Kejohanan Masters Paris adalah kejohanan terakhir ATP sebelum kejohanan Final Jelajah Dunia yang menyaksikan kemaraan Murray turut disertai pemain Sepanyol, David Ferrer yang menang kepada Marcel Granollers 6-1, 6-3 selain pilihan ketujuh dari Argentina, Juan Martin del Potro yang menewaskan Alejandro Falla 6-2, 6-2.

Detik amat sukar

Selain itu, masih ada tiga pemain masih bersaing dalam kejohanan untuk meraih dua tempat di kejohanan penamat musim itu minggu depan iaitu Janko Tipsarevic, Juan Monaco dan jaguh Sepanyol, Nicolas Almagro.

"Saya tahu masalah utama saya ialah tenaga saya. Ia tiada di sana ketika set kedua. Saya amat merasakan tahap permainan saya merosot," kata Djokovic selepas kekalahan itu. "Saya bergelut pada setiap perlawanan namun apa yang baiknya, saya memiliki masa untuk berehat. Saya mengharungi masa yang amat sukar beberapa minggu ini.

"Banyak perkara bermain di fikiran saya, sesuatu perkara sudah berlaku...," kata Djokovic yang penyingkirannya sedikit mengganggu kemeriahan kejohanan yang tanpa kehadiran Roger Federer dan Rafael Nadal. - AFP


15.23 | 0 komentar | Read More

PBDSKT dijangka bertukar wajah

Kuala Terengganu: Wajah pengurusan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBDSKT) yang mana pasukan Liga Super, T-Team bernaung, mungkin bertukar.

Jawatan presiden disandang Shaikh Ahmad Tajuddin Shaikh Yusof, yang sebelum ini dimenangi tanpa bertanding selama lebih 10 tahun, akan dicabar wakil Persatuan Bola Sepak Darul Iman, Abdul Rasid Jusoh, dalam Mesyuarat Agung Tahunan PBDSKT, hari ini.

Abdul Rasid, yang menerima surat pelantikan sebagai ketua pegawai eksekutif T-Team, berkuat kuasa Ahad ini, menyatakan hasrat mencabar Shaikh Ahmad sebagai presiden PBSDKT.

"Sebagai pegawai diberi tanggungjawab menerajui T-Team dalam menghadapi saingan Liga Super musim depan, saya merasakan ada baiknya jika saya juga menjadi orang yang bertanggungjawab ke atas persatuan.

"Keputusan terakhir bagaimanapun terletak di tangan wakil 30 kelab yang bergabung di bawah PBSDKT.

"Sekiranya mereka memilih melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan persatuan, saya dengan senang hati bersedia menggalas tugas itu," kata Rasid yang juga pernah menjadi pengurus T-Team selama empat tahun bermula 2007.

Perebutan jawatan kali ini bukan saja tertumpu kepada presiden kerana timbalan presiden PBSDKT, Zakaria Abdullah, juga akan dicabar oleh ahli jawatankuasa persatuan, Mohamad Sekanther Abdul Hamid.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Azraai jumpa anak didik lama'

Hubungan lama permudah bentuk skuad mantap Perak

Ipoh: Medan memperbaharui kembali hubungan lama dengan beberapa anak buahnya. Begitulah pandangan ketua jurulatih baru Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah sebaik memulakan tugas secara rasmi dengan pasukan Kejor Yob Kejor, semalam.

Bertemu empat pemain

Ini kerana jurulatih itu bertemu semula dengan empat pemain iaitu kapten, Shahrulnizam Mustapa, penjaga gol baru, Mohd Farizal Marlias, V Thirumurugan dan Mohd Rafiuddin Roddin.

Shahrulnizam dan Thirumurugan pernah berada di bawah jagaannya ketika bersama Kedah manakala Farizal di Negeri Sembilan selama dua musim sementara Rafiuddin ketika dengan skuad Harimau Muda A.

"Hubungan lama sedia ada dengan empat pemain ini akan diperbaharui semula. Justeru, saya yakin tidak akan punyai banyak masalah mengendalikan persiapan pasukan Perak nanti.

Tidak akan menghadapi masalah
"Malah, saya yakin pemain lain tidak akan menghadapi masalah bekerja dengan saya kerana saya bukan jenis orang yang suka cari masalah dengan orang lain," katanya.

Justeru latihan hari pertama di Padang Ipoh petang semalam dipergunakan oleh jurulatih kelahiran Kedah itu untuk berkenal-kenalan dengan anak buahnya.

Pada latihan itu dua daripada tujuh pemain luar iaitu pemain Terengganu, Abdul Hadi Yahya dan Johor FC, Khairi Kiman hadir manakala yang lain seperti Thiru, Farizal, S Chanturu dan Yong Kong Yeong akan menyertai pasukan baru mereka dalam tempoh terdekat.


15.23 | 0 komentar | Read More

'Termahal RM7j’'

Johor labur angka besar ikat penyerang La Liga, Guiza beraksi di Liga-M

Johor Bahru: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dipercayai melabur lebih RM7 juta untuk mengikat penyerang Getafe CF dari La Liga, Daniel Guiza untuk beraksi bersama Johor pada Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Anggaran jumlah itu berdasarkan nilai semasa bekas pemain Sepanyol terbabit di Eropah iaitu RM6.3 juta (Euro 1.6 juta) sekali gus menjadikannya sebagai pemain import termahal dalam sejarah bola sepak profesional di Malaysia.

Jumlah kos yang perlu dibayar oleh PBNJ tidak boleh didedahkan malah Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor mahu perkara itu dirahsiakan," - Suhairi Hashim, Setiausaha kehormat PBNJ


Untuk berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.
15.23 | 0 komentar | Read More

Kereta nanti pemenang golf 750 Tahun Melaka

Written By Unknown on Rabu, 31 Oktober 2012 | 15.23

Ayer Keroh: Kereta adalah antara hadiah bagi cabutan bertuah pada Kejohanan Golf Terbuka Melaka 750 Tahun yang diadakan serentak di empat lapangan golf di Melaka pada 11 November ini.

Timbalan Pengerusi Penganjur kejohanan, Datuk Wira Abdul Ghafaar Atan berkata, sebuah kereta juga disediakan bagi pemenang hole-in-one di setiap par 3 di empat lapangan berkenaan.

Hadiah lumayan lain yang turut disediakan adalah motosikal, telefon bimbit, televisyen LCD dan sejumlah barangan elektrik.

"Kami juga menyediakan hadiah bagi pemenang kategori gross di setiap empat lapangan golf selain juara keseluruhan. Pemenang secara automatik akan terpilih untuk berentap pada Piala Antarabangsa Warisan Dunia Melaka Eropah 2013 di Melaka pada Februari tahun depan.

"Mereka akan mewakili Pilihan Melaka menentang Pilihan Eropah pada pertandingan berprestij itu nanti," katanya pada sidang media di Seri Negeri, semalam.

Empat lapangan golf yang terpilih menganjurkan kejohanan ini adalah Ayer Keroh Country Club (AKCC), A'Famosa Golf Resort, Orna Golf & Country Club dan Tiara Melaka Golf & Country Club. Pertandingan bermula jam 12.30 tengah hari.

Bagi yang berminat menyertai pertandingan ini boleh melayari laman web penganjur http://www.golf750.melaka.gov.my atau menghubungi 06 233 2000. Borang boleh difaks kepada 06 2328 610/ 2324 509 atau dihantar ke alamat Persatuan Golf Negeri Melaka, Melaka 750 Open Golf Secretariat, Ayer Keroh Country Club, Lebuhraya Ayer Keroh, 75450 Melaka.


15.23 | 0 komentar | Read More

Djokovic bakal rampas status No 1 dunia daripada Federer

London: Novak Djokovic akan mengatasi Roger Federer selaku pemain tenis nombor satu dunia dalam kedudukan ranking dunia minggu depan dan dijamin akan mengekalkan kedudukan teratas itu sehingga hujung tahun ini, menurut kenyataan dikeluarkan Jelajah ATP.

Pemain kelahiran Serbia itu, yang kehilangan posisi utama itu kepada Federer Julai lalu akan menjadi pemain pertama dalam senarai ranking dunia menamatkan kedudukan buat kali kedua berturut-turut sejak lawan utamanya dari Switzerland itu melakukannya empat kali dari 2004 hingga 2007.

Djokovic sudah memenangi lima kejohanan tahun ini – termasuk Terbuka Australia dan gelaran Masters di Miami, Kanada dan Shanghai – serta sudah mengumpul sejumlah AS$6 juta (RM24.4 juta) wang hadiah kemenangan.

Pemain berusia 25 tahun itu yang dijadualkan beraksi dalam Masters Paris minggu ini akan hadir bersama trofi sebagai tanda kehadirannya di kejuaraan penutup musim di London. - Reuters


15.23 | 0 komentar | Read More

Siasat pemain ada 'dua kontrak'

Seremban: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menangani isu pemain yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan lama tetapi dalam masa sama menandatangani kontrak baru dengan pasukan lain.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara ini tidak beretika dan jika tidak ditangani akan berlaku 'aktiviti kurang sihat' dan orang sudah tidak menghormati lagi kontrak.

Jangan jadi penyakit

"Kita panggil diri kita liga profesional tapi sebenarnya tidak.

Oleh itu, saya minta FAM siasat perkara ini kerana badan itu lebih arif dan terpulang kepada FAM untuk melihat perkara ini supaya ia tidak menjadi penyakit.

"Kalau perlu diperbaiki, diperbaiki... kalau rasa dah ok, terpulanglah. Saya tak cadangkan apa-apa dan saya tak komen apa-apa, tapi bagi saya perkara ini adalah sesuatu yang tidak betul," katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk tindakan pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona, yang menandatangani kontrak baru dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menghadapi saingan Liga M musim depan.
"Pemain juga perlu sedar bahawa mereka tidak boleh menandatangani kontrak baru dengan pasukan lain selagi kontrak dengan pasukan lama masih berkuat kuasa.


15.23 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger